Invest Energy rancang labur RM2.2 bilion dalam RE

Invest Energy rancang labur RM2.2 bilion dalam RE

Petaling Jaya: Syarikat peneraju sector tenaga bersih dan boleh dibaharui, Invest Energy merancang untuk melabur RM2.2 bilion dalam tempoh lima hingga tujuh tahun untuk sector tenaga boleh dibaharui (RE) di Malaysia.

Menurut syarikat itu, mereka akan bekerjasama dengan dana alam sekitar, social dan tadbir urus (ESG) Eropah untuk pelaburan tersebut dan merancang untuk melabur serta membangunkan projek RE strategik di Asia Tenggara, sejajr dengan wawasanna untuk mencapai keneutralan karbon dan membantu menyahkarbonkan ekonomi.

Menurut Pengasas dan Pengarah Urusan Kumpulannya, Anand Ramakrishnan, mereka kini sedang memuktamadkan perjanjian untuk pelaburan bernilai kira-kira RM96 juta di Malaysia dan Vietnam.

“RM145 juta lagi akan dilaburkan di Malaysia menjelang suku ketiga 2021.” katanya dalam kenyataan semalam.

Menurut beliau, projek-projek tersebut mewakili kira-kira 90MW agihan tenaga dan jana kuasa RE di Malaysia dan Vietnam.

“Dengan rekod kukuh kami dan kerjasama dengan dana ESG besar dan bereputasi sebagai rakan kongsi, kami akan mengembangkan lagi portfolio kami.

“Kami sedang berunding untuk projek dengan tambahan kapasiti penjana sebanyak hamper 150MW,” katanya.

Sementara itu, syarikat itu turut melepaskan dua anak syarikat milik penuhna, Konpro Industries Sdn. Bhd. (KISB) dan Meru One Sdn. Bhd. (MOSB) dengan nilai RM32 juta termasuk hutang.

KISB mengoperasikan Jana Kuasa Pemulihan Haba SIsa 2MW (WHRPP) di Negeri Sembilan dengan konsesi 11 tahun manakala MOSB mengoperasikan Jana Kuasa Penjanaan Bersama di Selagor dengan konsesi 8+8 tahun.

Kedua-dua jana kuasa itu beroperasi sepanjang masa menggunakan model Build, Own, Operate and Transfer (BOOT) milik Invest Energy dengn syarikat-syarikat antarabangsa.